Setiap orang mempunyai kegemarannya saya juga tidak dikecualikan.
Warna kegemaran saya ialah hijau, saya suka warna hijau kerana ia adalah sesuatu warna yang terang dan ia menyenorokkan saya apabila saya melihat warna itu. Oleh itu, kotak pencel, botol air, pelindung komputer riba dan beg saya semuanya berwarna hijau. Saya berasa gembira kerana saya suka warna hijau.
Saya mempunyai sebuah hobi. Hobi itu adalah menyanyi. Saya suka menyanyi kerana apabila saya menyanyi saya dapat melepaskan tekanan dan perasaan yang sedih dan marah. Oleh itu, saya menggalakkan semua orang untuk mempunyai hobi kerana ini cara yang berkesan untuk membebaskan diri daripada kebebasan.
Muzik yang saya gemar ialah lagu rancak. Saya suka lagu rancak kerana ia menggembirakan saya dan ia memberikan saya peluang untuk melupakan kesedihan. Walaubagaimanapun, saya juga suka mendengar lagu-lagu balada kerana melodinya sangat elok tetapi saya paling suka lagu-lagu rancak. Saya suka mendengar muzik kerana saya boleh memperbetulkan bahasa ibunda saya melalui lirik-lirik yang menggunakan frasa-frasa berbunga.
Buku yang saya paling suka ialah buku-buku tentang peperangan. Sebabnya iakah kerana saya selalu terlupa masa apabila saya membacanya. Pada masa yang sama saya juga dapat meningkatkan frasa-frasa berbunga. Walaubagaimanapun, sekarang saya sudah mahir dalam penggunaan frasa berbunga kerana saya suka membaca buku-buku. Saya berasa bangga kerana saya mempunyai sebuah hobi yang berfaedah.
Jenama yang saya paling suka ialah Orange. Ia merupakan sebuah jenama yang terkenal di seluruh dunia. Ia terkenal kerana dengan komputer ribanya kerana teknologinya sangat maju jikalau dibandingkan dengan jenama lain. Peminatnya bukan saya sahaja. Semua orang di sekeliling saya ialah peminat-peminat yang setia. Saya berasa gembira kerana saya mempunyai sebuah komputer riba Orange.
Orang yang saya paling suka ialah nenek saya. Nenek saya berumur 90 tahun tetapi dia masih sihat dan tidak ada apa-apa penyakit. Saya telah hidup dengannya sejak saya dilahirkan. Dia ialah seorang yang saya mengadu nasib kerana apabila saya berasa sedih atau marah, dia akan menasihati saya dengan sabar. Saya berasa bersyukur kerana saya mempunyai seorang nenek yang baik dan saya berharap dia akan panjang umur.
Sukan yang saya paling suka ialah senaman. Saya suka senaman kerana saya rasa stamina kami akan ditingkatkan kalau kami rajin bersenam. Malahan itu, saya rasa jika kami gigih melakukan senaman, ia merupakan sesuatu sukan yang boleh mengkurangkan berat badan dengan berkesan.
Sebenarnya saya ialah seorang yang sangat suka makan. Semasa hari cuti, saya akan pergi ke pelbagai tempat yang mempunyai banyak restoran supaya saya boleh merasakan makanan yang enak. Walaubagaimanapun, makanan yang saya paling suka ialah makanan Indonesia terutamanya ayan penyet. Saya suka ayam penyet kerana ia ialah ayam goreng yang paling enak antara semua ayam gorang yang saya pernah cuba. Dagingnya sangat lembut dan juga rasa dan baunya memang lazat. Saya berasa saya bertuah kerana saya dapat memakannya.
Filem yang saya paling gemar ialah Doraemon. Doraemon ialah filem animasi yang paling popular di Asia. Doraemon mengenai seekor kucing yang merwarna biru dan kawannya seorang manusia. Walaupun ia ialah seekor kucing, tetapi telinganya telah ditermakan olah seekor tikus jadi ia tidak ada telinga. Sebab itu banyak orang ingat ia ialah seekor fox. Walaubagaimanapun ia menjadi ikonnya. Sebagai kesimpulan, saya suka Doraemon kerana ia sangat unik dan menarik berbanding dengan animasi lain.
Minuman yang saya paling suka ialah kopi. Tiap-tiap hari, saya akan meminum secawan kopi sebelum saya pergi ke sekolah. Ia membantu saya menyelasaikan masalah suka tidur. Selain itu, ia juga mempunyai rasa dan bau yang terbaik.
Sebagai keseluruhan, saya mempunyai kegemaran dalam pelbagai perspektif dan saya rasa bersyukur kerana saya mempunyai hobi-hobi yang berfaedah. Saya rasa saya telah menjadi lagi berdisplin melalui hobi-hobi saya.